Thursday 2 February 2012

TAYAMMUM

PENGERTIAN TAYAMMUM

DARI SEGI BAHASA
- Tujuan

DARI SEGI SYARAK
-Menyapukan debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat dengan cara tertentu

HUKUM TAYAMMUM
-Wajib jika ketiadaan air atau orang yang tidak boleh menggunakan air dengan sebab keuzuran

RUKUN TAYAMMUM ADA 4 PERKARA
1-Niat
2-Menyapu debu tanah ke muka
3. Menyapukan debu tanah kedua -dua belah tangan hingga ke siku
5. Tertib

SYARAT TAYAMMUM ADA 5 PERKARA

1. Masuk waktu solat
2. Yakin tiada air
3. Menentukan Kiblat sebelum tayammum
4. Menghilangkan najis terdahulu
5. Menggunakan debu tanah yang suci


SUNAT TAYAMMUM ADA 9 PERKARA
1. Mengadap Kiblat
2. Membaca Basamalah
3. Menyapu pada bahagian muka
4. Menipiskan debu tanah dengan meniupnya
5. Mendahulukan tangan kanan
6. Menyapu kebahagian kepala dan lengan
7. Merenggankan jari tangan
8. Berturut-turut (menyapu muka dan tangan)
9. Berdoa

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
1. Semua perkara yang membatalkan wudu'
2. Berkemampuan menggunakan air
3. Terdapat air
4. Murtad keluar agama islam

ANGGOTA  TAYAMMUM ADA 2

1. MUKA
2. KEDUA-DUA TANGAN

WAKTU TAYAMMUM
* Bertayammumhendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat

CARA-CARA TAYAMMUM
1.Membaca lafaz dan niat tayammum

نويت التيمم لاستباحة الصلاة لله تعالى
ertinya: Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Taala

2. Menipiskan atau meniup debu tanah pada kedua-dua belah tangan
3. Tepukan pertama untuk disapukan kemuka
4. Tepukan kedua untuk disapu pada kedua-dua belah tangan hingga kesiku kiri dan kanan



Salam

Selamat membaca di ruangan ilmu saya..Mari berkongsi bersama...